Monday, August 04, 2014

Gaza Mission Chronicles: From a volunteer to another

I thought the excerpt is well written and summarised by my Gaza mission team mate Dr Zairul. I have shared this in facebook and I am sharing it here again for my own reference.
"Saya banyak juga menerima pertanyaan orang ramai bagaimana untuk menjadi seorang sukarelawan di bumi Palestin. Disini saya ingin memberi beberapa pendapat saya:

1. Mula-mula niat yang benar-benar tulus untuk menolong saudara seagama kita. Ini nampak mudah - tetapi percayalah, kerap kali saya sendiri terpaksa menyelami dan memperbetulkan niat agar berlandaskan jalan Allah. Hadis yang pertama dibincangkan dalam 40 hadis Rasullullah SAW karangan Imam Nawawi adalah berkenaan niat. Jangan gunakan penyertaan anda untuk mendapatkan bilangan like FB yang semaksimum mungkin.

2. Daftarlah diri dengan mana-mana NGO bertauliah. Anda tak semestinya perlu menjadi seorang doktor seperti saya untuk menjadi sukarelawan. Antara aktiviti Aman Palestin (AP) adalah didalam bidang perubatan. Disitulah keperluan kedoktoran diperlukan. Namun, terdapat banyak lagi aktiviti yang sedang dirancang oleh AP yang memerlukan kepakaran lain. Jadi, daftarlah diri dengan apa jua kepakaran yang ada.

3. Kita berkhidmat dibumi Palestin bukan untuk kepentingan diri sendiri. Ada yang menyatakan bahawa mereka nak ke bumi Palestin untuk menentang Zionis dan syaheed disana. Subhanallah... Gaza sudah mempunyai lebih dari cukup pejuang yang bertugas melawan musuh dan mempertahankan bumi Palestin. Tujuan kita adalah untuk membantu saudara seIslam kita. Andaikata kita dengan saja menempah maut, maka kita bukannya menjadi aset, malah sudah menjadi liabiliti. Sekiranya dalam membantu itu kita terkorban atau cedera, maka itulah perancangan Allah.

4. Andaikata tidak terpilih menjadi sukarelawan ke sana, kita masih lagi boleh membantu saudara kita dari sini dengan pelbagai cara. Kita boleh boikot barangan Israel, menjana kesedaran melalui penulisan, karikatur dan sebagainya, mengutip derma, melobi dipihak atasan dan Kerajaan... Memang banyak yang boleh dilakukan. Percayalah, setiap saat kita gunakan untuk tujuan ini akan dibalas berlipat ganda di akhirat kelak dan akan menjadi saksi untuk kita.

5. Kita perlu belajar dan faham mengenai konflik ini. Bila maklumat kita tepat, barulah kita dengan jayanya mematahkan pelbagai tipu daya dan sandiwara Yahudi. Cahaya akan sentiasa menerangi kegelapan. Ilmu akan sentiasa mematahkan penipuan. Jadilah jurucakap Palestin yang cekap - sedarkan masyarakat Malaysia dan dunia. Paling penting, anda perlu faham perbezaan antara Yahudi, Zionis, dan Israel.

6. Anda sudahpun menjadi sukarelawan Palestin setiap kali anda berdoa dan bermunajat untuk saudara kita. Jangan terlalu sibuk membenci dan mengutuk Yahudi sehingga tak sempat berdoa untuk saudara kita. Rasullullah SAW, betapa Baginda dikerjakan oleh kaum musyrikin, tidak pernah membenci mereka.


Tahniah bagi yang berminat. Saya kerapkali katakan: isu Palestin bukan isu penduduk Palestin semata-mata. Janganlah kita paling muka dari masalah saudara kita; nanti di akhirat kelak, kita pula dipaling oleh Allah dan Rasulnya.

Selamat berjuang,
Allah bless Gaza
 
Dr. Zairul Nizam"

No comments: