Tuesday, July 13, 2010

Medical Lecturers became beggars..

I was oncall yesterday, which is a story itself ( for another blog entry) but there is an interesting development which is very close to my heart.
I read a news clipping with the Deputy Higher Education Minister making a statement Gaji Pensyarah Perubatan dikaji SEMULA

"KUALA LUMPUR 12 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi akan menilai semula kenaikan gaji pensyarah perubatan dan pensyarah pergigian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya ia dapat diselaraskan dengan pegawai perubatan awam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, satu kertas kerja akan dibentangkan oleh kementerian itu untuk memperhalusi kenaikan gaji pensyarah terlibat bagi mengelak mereka berpindah ke sektor swasta.

"Golongan pensyarah ini penting untuk sektor perubatan awam kerana ilmu pengetahuan mereka mampu melahirkan doktor pakar yang berkualiti.

"Kementerian akan mengkaji perkara ini secepat mungkin dan mengumumkannya setelah kajian mengenai kenaikan gaji itu diselesaikan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Pensyarah Kanan Unit Kardiologi Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr. Zul Hilmi Yaakob dalam Forum Utusan Malaysia hari ini yang meminta kementerian mengkaji kenaikan gaji pensyarah perubatan IPTA jika tidak mahu melihat mereka berpindah ke Kementerian Kesihatan atau sektor swasta.

Menurut Zul Hilmi, kenaikan gaji yang sedikit iaitu RM2.10 berdasarkan penambahbaikan jadual gaji matriks (JGM) bagi kenaikan gred DU51-54 adalah tidak setimpal dengan tanggungjawab dan tugasan pensyarah tersebut.

"Tugas pensyarah perubatan sama seperti doktor lain iaitu mempunyai pesakit, menjalankan prosedur atau pembedahan serta mengajar pelajar perubatan dan bakal pakar perubatan," jelasnya.

Pada 23 Mac lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan, kerajaan bersetuju melaksanakan JGM bagi skim perkhidmatan pensyarah perubatan dan pensyarah pergigian di IPTA yang telah berkuat kuasa awal bulan ini.

Menurutnya, kementerian menaikkan gaji pensyarah dalam bidang perubatan dan pergigian berdasarkan skim perkhidmatan pensyarah bidang kritikal."

in a response to a letter written by a colleague in UM Dr Zul Pensyarah Perubatan Merayu. (who was in TV Majalah 3 last Saturday.. hehe)

" 24 Mac lalu, Utusan Malaysia telah melaporkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan kenaikan gaji untuk para pensyarah perubatan.

Beliau berkata, ''ia akan membolehkan golongan pensyarah tersebut memperoleh gaji yang setara dengan pegawai perubatan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan'' dan Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai skim pensyarah yang berbeza misalnya dalam bidang-bidang yang kritikal.

''Ketika ini, gaji pensyarah dalam bidang perubatan dan pergigian adalah rendah, jadi yang itu kita akan naikkan dulu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Meningkatkan Keberkesanan Peranan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

Pada masa itu kami dimaklumkan kenaikan akan bermula pada Julai 2010. Ya betul seperti yang dijanji, gaji kami naik. Saya menikmati kenaikan sebanyak RM2.10. Ya, dua ringgit dan sepuluh sen sahaja. Ini adalah kerana jadual gaji matriks bagi gred DU51-54 yang dinaikkan.

Apabila ditukar ke skim gaji baru, kami akan bermula pada tangga gaji yang lebih tinggi dari gaji sebelumnya walaupun turun gred. Dalam kes saya, saya diturunkan dari P1TS ke P1T3. Inilah kenaikan yang dijanjikan.

Tugas seorang pensyarah perubatan adalah pelbagai. Kami mempunyai pesakit seperti doktor-doktor lain. Jadi kami mempunyai wad, klinik dan menjalankan prosedur-prosedur atau pembedahan. Di samping itu, kami mempunyai tugas akademik iaitu mengajar pelajar-pelajar perubatan dan bakal pakar perubatan.

Ini melibatkan siri syarahan, tutorial, pengajaran di dalam wad, pemeriksa peperiksaan dan lain-lain.

Sebagai staf akademik universiti, kami juga dipaksa untuk membuat penyelidikan dan menghasilkan penerbitan di dalam jurnal terkemuka.

Ini merupakan KPI kami setiap tahun. Selalunya KPI kami akan 'tersangkut' di bahagian penerbitan ini. Bilakah masa untuk kami membuat penyelidikan dan menulis dan lebih menyedihkan kami tidakpun mempunyai bilik seperti pensyarah lain untuk duduk dan menulis.

Jika kami gagal menghasilkan dua penerbitan setiap tahun (bagi pensyarah kanan), ia akan menjejaskan peluang naik pangkat kami kerana kami tidak memenuhi KPI.

Akhirnya seorang pensyarah perubatan yang sibuk dengan tugas klinikal ini akan kecewa, dan akibatnya universiti kehilangan individu-individu yang berkualiti ini ke hospital swasta.

Agak pelik layanan terhadap pensyarah perubatan sebegini kerana kamilah yang melatih doktor-doktor dan pakar-pakar perubatan yang berkhidmat di hospital-hospital di seluruh negara.

Saya berpendapat puncanya ialah kami tiada seorang 'bapa' yang memperjuangkan nasib kami di peringkat atasan. Ini jelas berbeza dengan doktor-doktor di Kementerian Kesihatan yang mempunyai ketua pengarah yang jauh lebih baik baru-baru ini.

Saya bagi pihak pensyarah perubatan di seluruh Malaysia merayu agar pihak berkenaan mengkaji perkara ini dengan serius atau universiti akan terus kehilangan doktor pakar yang berkualiti ke Kementerian Kesihatan atau sektor swasta.

Ini sudah tentu akan menjejaskan latihan bakal doktor dan pakar perubatan dan seterusnya kualiti mutu khidmat kesihatan di seluruh negara.

DR. ZUL HILMI YAAKOB,

Pensyarah Kanan Unit Kardiologi,

Jabatan Perubatan Fakulti Perubatan

Universiti Malaya."

MENGKAJI SEMULA??? Come on la.. Dato Khaled promised us in March regarding the revision of such would be done for implementation in July. Our colleagues in the Ministry of Health are currently very happy with their promotion and recognition. MOH has done a good "psychological warefare" and I must commend their wholesome effort. By right, as government doctors as well we should be receiving the same accolade but somehow nobody seemed to care about us at the moment. I must say that i am ashamed that we had to go public like beggars to claim our right.

Obviously, the Rm2.10 increase is crap not because we don't appreciate dollars and cents but i really don't understand what they were researching earlier on? ( The Kementerian Pengajian Tinggi) Obviously, the boys in KPT WERE NOT DOING THEIR JOB b to maintain the medical / dental lecturers in service. melepaskan batuk di tangga because of orders by the minsiter and as long as they do their job. I'm sure there was no input from any of us especially in designing a scheme to make us happy working with the institution. It is not difficult at all but again, when none of them are involved, how do you expect them to understand and care?

Whatever KAJIAN SEMULA they wanna do now, I want our involvement. That is my fight for now.

"Elakkan penghijrahan intelektual pensyarah perubatan kerajaan"

Saya berasa terpanggil untuk memberikan pendapat setelah melihat rakan-rakan saya terpaksa merayu seperti pengemis dalam hal cara kenaikan pangkat dan gaji kami sebagai pensyarah perubatan di fakulti perubatan universiti awam.

Kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengenai Pengkajian Semula kenaikan gaji Pensyarah Perubatan 13 Julai 2010 memang dialu-alukan. Namun Kenyataan dan ”directive” awal oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin pada 24 Mac 2010 lalu tentang hal yang sama ternyata telah diambil mudah oleh Kementeriannya sendiri kerana perlaksanaan kenaikan gaji dan gred bermula Julai 2010 seperti yang dijanjikan seolah-olah mempermain-mainkan golongan pensyarah perubatan. Saya yakin tiada penglibatan terus dari pihak pensyarah perubatan semasa pengkajian hal ini dilakukan sebelum ini dan sudah pasti, bila bukan mereka yang kena; peduli apa pada siapa?

Kami adalah golongan pendidik di belakang tabir yang memastikan penghasilan doktor-doktor berkualiti di negara ini dan sentiasa teruja untuk menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia. Tanggungjawab ini merupakan satu amanah yang kami junjung selain daripada tugas-tugas tanggungjawab harian kami terhadap pesakit-pesakit. Kami brkhidmat sebegini kerana minat yang mendalam. Namun keikhlasan dan iltizam kami ini nampaknya dicabar dan diperlekehkan.

Senario masakini telah berubah dengan penghasilan doktor-doktor baru yang berkali-kali lebih ramai berbanding sepuluh tahun yang lalu.Penaikan taraf gred gaji secara menyeluruh yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan baru-baru ini merupakan langkah yang bijak dalam memastikan perkhidmatan berkekalan pegawai perubatan, pakar perubatan dan pakar perunding perubatan dalam kerajaan. Sektor swasta ternyata sukar untuk menarik doktor-doktor kerajaan sekarang berbanding dahulu.

Namun demikian, kedudukan kami di dalam Kementerian Pengajian Tinggi seperti anak kera yang disusukan. Mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji hal ini selepas Mac 2010 tidak peka langsung dengan dasar kerajaan untuk mengekalkan yang terbaik di dalam kerajaan bagi mengelakkan pelarian intelektual.(brain drain). Saya tidak faham mengapa mereka tidak memandang kehadapan dan melihat realiti semasa. Perkhidmatan perubatan negara yang bakal berubah dengan pengenalan Sistem pembiayaan perkhidmatan kesihatan nasional dalam masa terdekat. Ramai pakar-pakar yang berada di swasta sekarang adalah bekas pensyarah perubatan dan amatlah rugi sekiranya penghijrahan ini berleluasa.

Oleh itu, sekiranya Kementerian Pengajian Tinggi AKAN MENGKAJI SEMULA GAJI DAN GRED KAMI, tolong libatkan kami secara terus dan telus. Kami bukan golongan yang suka meminta tapi penyelarasan setimpal sebagaimana rakan-rakan kami di Kementerian Kesihatan adalah berpatutan dan wajar dilakukan secara segera. "

p/s thats my piece.. tak tau depa nak publish ke tidak.. haha

3 comments:

Anonymous said...

is the second yours? your b.m is not bad....well said bro.

Anonymous said...

Saudara yang dihormati,

Sehingga kini, KPT nampaknya masih enggan membela nasib kami sebagai pensyarah perubatan. Banyak pegawai perubatan kronik di KKM telah dinaikkan ke UD54 dan UD52. Malah, mereka yang sangat junior juga dipertimbangkan untuk ke jawatan UD48 sekarang. Apa yang telah berlaku kepada KPT? Melepas batuk di tangga? Betul, mereka langsung tidak mempedulikan kebajikan dan perasaam kami. Terdapat kes yang murid telah mendapat UD54, tetapi pensayrahnya masih di DU52, ini amat memalukan.
Juga terdapat pegawai perubatan sarjana tahun 3 yang masih di DU45, tetapi junior beliau semasa di kkm akan dinaikkan ke UD52 tahun depan, junior kepada junior beliau juga telah dinaikkan ke UD48. Ini merupakan penghinaan kepada kami.
Oleh itu, berharap pensyarah perubatan IPTA boleh sehati sejiwa memperjuangkan kebajikan kami.

Anonymous said...

Kalau KPT tidak peduli, marilah bawa kepada YAB PM kami.