Tuesday, December 14, 2004

MY DEC 2004 ARTICLE

wrote this article in response of the current issue by KKM.The last article i wrote was published in malaysiakini early this year.after that , not that active!! Sent this article to utusan , bharian , kmu.net and malaysiakini. not sure whether it will be published or not but .. you have the pleasure to read it first on my blog !!!

UBAT PERCUMA : TANGGUNGAN ATAU TANGGUNGJAWAB ?
DR MAFEITZ MAMAT , KL


Rakyat Malaysia seharusnya berfikiran terbuka dan
tidak mudah melatah apabila sesuatu idea baru yang
radikal diutarakan.Sikap sebegini masih nyata apabila
ramai pihak membantah cadangan Kementerian Kesihatan
untuk "mencuba" idea mengurangkan pembaziran dengan
pemansuhan sementara pemberian ubat percuma di 2
pusat perubatan Kerajaan.PIhak pembangkang ternyata
bersorak gembira dengan isu baru yang boleh
dimanipulasikan dan mengelirukan rakyat.

Idea ini sebenarnya merupakan salah satu daripada
sumbang saran bagaimana untuk menampung perbelanjaan
kesihatan yang ditanggung kerajaan. KOs perubatan
yang disubsidi kerajaan bertambah setiap tahun
dalam nilai jutaan ringgit. Ramai tidak sedar ,
perkhidmatan perubatan yang diberikan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia merupakan antara yang termurah
di dunia.Kerajaan sebenarnya sudah terlalu lama bermurah
hati namun dengan perkembangan dan kemajuan negara ;
perubahan dinamik diperlukan di mana rakyat tidak
boleh terlalu bergantung kepada kerajaan.Rakyat perlu
lebih bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri
sendiri tetapi kepada keperluan negara.

Argumen yang menyatakan bahawa pengguna
perkhidmatan kesihatan itu kebanyakannya dari
golongan miskin di luar bandar sememangnya satu
fakta. Namun , apa yang dilakukan oleh kementerian
sekarang tidak perlu disalah ertikan kerana sudah
pasti golongan yang susah akan dibantu.Itu
bukan persoalannya mengikut dasar kerajaan kita sendiri.
Lihat sahajalah , pusat perubatan percubaan yang
dilakukan - di 2 buah tempat di mana rata-rata penduduknya
berkemampuan dari segi ekonomi . Kajian sebegini penting ,
kerana dengan analisa teliti itulah yang bakal
menjadi fakta untuk tindakan dan susulan seterusnya ;
bukan hanya bercakap berdasarkan omong-omong kosong.
Rentetan cadangan kementerian kesihatan ini sepatutnya
menjadi cabaran kepada universiti-universiti tempatan
untuk melakukan kajian balasan dan menerbitkannya dalam
jurnal-jurnal perubatan di Malaysia dan antaranbangsa.
Apabila ini berlaku maka perbincangan secara intellektual
dapat dilaksanakan dan bukan sekadar mengikut emosi semata-mata.

Kita perlu sedar dan berwaspada , dalam meniti
globalisasi banyak perkara yang perlukan rakyat Malaysia
lebih prihatin.Cara perkhidmatan kesihatan awam yang
diberikan sekarang tidak mampu lagi untuk menampung
sepenuhnya kehendak orang ramai.Jurang perkhidmatan
di antara yang kaya dan yang miskin terlalu berbeza nilainya.
Rakyat perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan
perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada semua lapisan
masyarakat. Satu sistem perkhidmatan yang berbentuk insurans
"ala - Malaysia " perlu diwujudkan bagi kepentingan
semua sebenarnya.Sekiranya tidak , maka yang dikejar
tak dapat , yang dikendung berciciran.

No comments: