Wednesday, July 27, 2005

Reaching the stars...


liverpool future supporter ( anak fiqar )  Posted by Picasa

Received this in my email today...

From :
Sent : Wednesday, July 27, 2005 10:10 AM
To : MAFEITZERAL BIN MAMAT
Subject : SARINGAN PEMILIHAN CALON ANGKASAWAN NEGARA : UJIAN KECERGASAN FIZIKAL LARIAN 3.5 KM

Hello MAFEITZERAL BIN MAMAT.

Terima kasih kerana mendaftar dengan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) sebagai calon untuk program angkasawan. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menjalani ujian seterusnya.

2. Sehubungan dengan ini, ANGKASA akan mengadakan proses saringan pemilihan angkasawan di beberapa tempat di seluruh Malaysia seperti berikut :-

------------------------------------------------------------
Tarikh: 27 Ogos 2005, Masa: 7.00 pagi
Lokasi: Pangkalan Udara Kuantan ( Pahang )

Perasmian oleh Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Pertahanan Malaysia
------------------------------------------------------------
dan pada
------------------------------------------------------------
Tarikh: 3 September 2005, Masa: 7.00 pagi
Lokasi: Diadakan serentak di :

1.Kem Mahkota Kluang ( Johor )
2.Kem Penrissen Kuching ( Sarawak )
3.Kem Lok Kawi Kota Kinabalu ( Sabah )
4.Pangkalan Udara Butterworth ( P.Pinang )
5.Pangkalan Udara Subang ( Selangor )
------------------------------------------------------------

3. Semua calon yang telah disenarai pendek boleh memilih salah satu lokasi seperti yang dinyatakandi atas dan semua calon dikehendaki mengesahkan pilihan lokasi ujian kecergasan fizikal tersebut dengan mengisi maklumat ke dalam laman web Angkasawan sebelum 7 OGOS 2005.

4. Semua calon dinasihatkan membuat persediaan awal dari segi latihan fizikal. Kelayakan minimum ujian larian 3.5 km ialah 20 minit.

5. Semua calon dikehendaki memastikan keadaan kesihatan mereka membenarkan mereka menjalani latihan larian dan ujian tersebut dan pihak ANGKASA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kemalangan yang berlaku semasa latihan atau ujian dijalankan.

6. Untuk makluman tuan/puan, segala perbelanjaan persendirian untuk menghadiri ujian tersebut adalah di bawah tanggungan calon sendiri.

Sekian, terima kasih.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)


HAKss!! me ..angkasawan ???? haks...
Well , dah jemput.. so kena training lar sekarang...


badminton fever..sampai anak beranak pun main badminton Posted by Picasa

2 comments:

Irzan said...

Eh biar betul you're terpilih utk jadi angkasawan??? Wah wah wah khelles gitu!

ikmal said...

mbuaaah! somehow or rather I started to wonder how u'd manage "zup zup" in space